Sunday, February 27, 2011

kerna waktu adalah kehidupan


Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.


Assalamualaikum wbt..

Indah alunan zikir burung pagi ini. Mengingatkan ku pada kebesaran Allah. Segar udara kampung membawa aku kesatu daerah cinta yang mekar. Pohon melambai-lambai ditiup sepoi-sepoi bayu pagi. titis-titis embun jernih menghiasi kehijauan daun. Indahnya alam ciptaan Mu Allah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Pagi-pagi begini, aku gemar mendongak ke langit. Ya sangat berbeza langit disini dan disana. (currently in malaysia oh tanah airku! hihihi) Tapi keduanya istimewa. Langit disini indah dihiasi awan memutih. Langit disana biru menenangkan. Subhanallah. Sungguh Allah telah menyusun ini tiap satunya dengan susunan yang sangat rapi. 

Alhamdulillah selamat tiba di malaysia pada tanggal 25 feb yang lalu. Dan disepanjang perjalanan puas aku muhasabah diri. Ya pada awalnya sangat bimbang pasal pentarbiyah diri sepanjang cuti. Bimbang dilalaikan dengan kelapangan. Namun pasti ada sebabnya kaki ini melangkah disini. Tulisan Allah yang maha sempurna itu pasti mahukan diri ini mencari sesuatu di sini. Dan yang paling pasti Dia pasti mahu aku lebih mandiri dalam pentarbiyah diri ini. Atiqah! Walau kemana jua kamu melangkah, disitu tarbiyah Allah pasti berlaku. Pokoknya atiqah.. Hubungan kamu dengan Dia. Jagalah! Jagalah! Jagalah! Kerna yang mengikat hati seorang daei dengan jalan dakwah ini adalah iman dan taqwa. Serta janji-janji Allah dan syurga. Muhasabah dan muhasabah lagi disepanjang perjalanan. Didalam kapal terbang. Didalam bas. Didalam kereta. Dan aku melihat dunia yang sangat asing walau aku pernah mengenalinya dulu. Tapi pandangan kali ini berbeza. Subhanallah. (apa yang berbeza? biarlah rahsia.. hihihhi)

Lebih mandiri. Menjaga iman dan amal. Begitulah indah Dia aturkan hidupku. Dan aku disini memohon kekuatan, moga bisa tenggelam dalam ketaatan kepadaNya. Moga bisa hanyut dalam mimpiku ke syurga. 

Dan atas mimpi itu aku terus berlari. Terus berlari dan melakar hari-hari ku. Dan hari-hari yang berlalu terus indah tanpa kesedihan semalam. Kerna gelapnya semalam aku kenal cahaya. Dan untuk itu alhamdulillah. nikmat terbesar kurniaan Allah untukku adalah gelapnya semalam itu. 

Allah.. 
Ampuni diri ini atas kelalaian semalamku. 

Dan seperti itulah Dia tulis hidupku. dan untuk kamu tulisanNya pasti berbeza. Tapi percayalah Dia sentiasa mahu yang terbaik untuk hamba-hambanya dan Dia sentiasa memanggil-manggil hambaNya untuk kembali padaNya. Makanya kembalilah sayang. Ayuh bersamaku. Kita bentuk semula mimpimu. Kerna yang kotor pasti boleh kita bersihkan sayang. Ayuh! Ambil langkah! Ayuh kita berubah untuk menjadi insan yang lebih baik pada nafas hari esok.
Kerna saya sayang kamu saya akan terus bantu kamu.

Allah..
ikhlaskan hati kami
terima amalan kami....

p/s: jam itu istimewa. :p