Thursday, March 3, 2011

beri yang TERBAIK

Hari-hari terus berlalu sepi. Tidak semeriah sahabat yang ke jaulah mungkin. Tapi disitulah saya belajar menghargai suasana tarbiyah yang dihangatkan dalam biah solehah. Namun tidak pernah kesepian itu melemahkan langkah saya dalam terus berjuang di jalan ini.

Hari-hari sepi itu saya isi dengan menulusuri perjalanan sirah suci yang penuh dengan pengorbanan. Hari-hari sepi itu saya isi dengan ayat-ayat suci. Agar hati tidak terus mati diulit duniawi. Agar hari sepi itu tidak kekal sepi.

Dan adakalanya saya menonton televisyen. Menonton karenah manusia yang terus mahu itu dan ini tanpa pernah memberi. Tapi lama-kelamaan saya bosan dengan karenah manusia yang ceritanya hampir sama sahaja. Lantas saya beralih melihat harmoninya alam. (channel 5** .. hihi)(oh masih didalam televisyen) Dan disitu saya lihat setiap satu begitu sempurna ciptaannya. Allah hiasi laut dengan binatang yang indah. Allah hidupkan bumi dengan tumbuhan yang subur. Dan Allah aturkan awan begitu sempurna. Subhanallah. Pada setiap inchi bumi ini tergambar jelas kebesaran Allah yang maha Kuasa (nyanyi lagu maher zain skit.. open your eyes.. :p)

Saya menonton rancangan haiwan pemangsa dan disitu saya lihat setiap binatang punya keistimewaannya. Dan keistimewaan itu mereka gelarkan sebagai SIXTH SENSE. (saya pon ada sixth sense tau..hihi).Yu misalnya (ikan yu dengan jerung tu sama x? alaA da x igt ikan mane satu.. laayaaaan je la yer.. huhuhu) punya keupayaan untuk mengesan gelombang elektrik. Sotong kurita boleh meng"hypnosis" minda mangsanya. Dan mereka(bolehkan gune mereka walaupon untuk binatang..hihi) menggunakan seluruh potensi diri mereka untuk mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan makanan. Menggunakan setiap kelebihan yang ada pada mereka untuk menguasai musuh!

Ya, begitulah seharusnya kita. Menggunakan seluruh potensi diri dan memberi yang terbaik untuk islam!

Kerna manusia diciptakan dengan begitu sempurna. Diangkat dengan ruh yang datang dariNya. Makanya kita harus menggunakan seluruh potensi diri yang ada untuk jadi yang TERBAIK.

Adakalanya kita terlalu negatif pada diri sendiri hingga kita takut untuk mencipta perubahan. Mencuba di luar kebiasaan untuk mencungkil segala potensi yang ada adalah sangat penting untuk menjadi individu yang TERBAIK. Adakalanya kita TAKUT untuk mencuba kerna kita takut pada KEGAGALAN. Kegagalan dunia yang dibesar-besarkan oleh mereka yang tak mengenal erti sebenar kegagalan. Kerna kegagalan yang sebenar adalah apabila kita dicampakkan ke neraka jahannam atas segala kelalaian kita pada dunia hingga terlupa pada matlamat penciptaan manusia di muka bumi ini. Tidak mengapa gagal di dunia. Kerna kegagalan itu adalah langkah pertama untuk kita menuju kejayaan yang sebenar. Dan kejayaan apa yang lebih besar selain melihat kalimah Allah tertegak di muka bumi ini? Tidak mahukan kita menjadi batu kukuh yang menyumbang kepada tertegaknya islam? Atau cukupkan sekadar menjadi picisan kecil yang sekadar memberi sumbangan?

Tidak! Kita mahu jadi batu kukuh itu. Tapi bagaimana? Dan disitulah pentingnya usrah dan tarbiyah. Medium bagi mencungkil seluruh potensi diri menjadi logam-logam kukuh bagi menegakkan islam. Kerna kita mehu jadi yang TERBAIK maka kita harus beri yang TERBAIK. Manusia sering lupa. Terlalu mahu untuk menerima hingga terlupa pada undang-undang dunia. Untuk mendapatkan sesuatu kita harus memberi sesuatu. 

Jika kita mahu disayangi kita harus terlebih dahulu menyayangi. Jika kita mahukan harta kita harus melaburkan sebahagiannya. Begitulah juga jika kita mahu manisnya iman kita harus bersedia untuk berkorban. Jika kita mahu punya usrah yang baik kita harus terlebih dahulu menjadi ahli usrah yang baik (err... ibu.. ampunkan anak nakal mu ini...)(da TERtulis.. pas ni kne jadi ank yang baik la nmpknya.. huhu). Kerana what goes around comes around. Kitaran dunia mengikut sunnatullah ketetapan yang Maha Esa. Dan tulisan Allah itu maha Sempurna.

Dan dalam menggunakan potensi diri kurniaan ilahi itu kamu pasti akan diuji. Saat itu balikkan segalanya kembali padaNya. Kerna tidak satu pon yang kamu miliki kerana segala yang kamu sangka kamu punya juga bukan milik kamu sebenarnya. Tetapi segalanya adalah milik Pemilik kepada segala yang ada dilangit di bumi dan seisinya. Apabila dipuji istighfar. Apabila dikeji istighfar. Istighfar lagi dan terus berdoa agar Dia hindarkan kamu dari segala penyakit hati. Kerna kamu, kita hanyalah pemberi peringatan. Dan peringatan yang paling dekat adalah bagi jasad  ini yang memiliki tiap jemari yang dari tadi asyik menekan butang pada papan kekunci ini. (haayoook!! :p)

Akhir kata, gunakan segala potensi diri untuk menjadi yang TERBAIK, untuk memberi yang TERBAIK, lantas layak untuk mendapatkan yang TERBAIK. 

Dan apakah yang lebih baik dari seluruh syurga dan seisinya? Yang keindahannya takkan mampu di gambarkan pada kata-kata.

Ayuh! selongkar seluruh potensi diri kerana tiap antara kita punya SIXTH SENSE dan disitulah terletaknya titik istimewa kita. Geledah! Selongkar! Terjah! Hingga kamu jumpa apa yang kamu suka dan jadikan kesukaan kamu itu sesuatu yang baik untuk kamu persembahkan sebagai amalan kamu yang paling sempurna pada hari kamu dibangkitkan semula. Pada hari kamu bertemu denganNya. 

Kerna mati itu PASTI.

p/s: terima kasih kepada yang sudi melayan sampai habis sy bebel.. hihihi